Penjawat awam dilantik secara kontrak bermula 1 Februari

Pelantikan penjawat awam secara kontrak akan dilaksanakan kerajaan sebagai inisiatif bagi memperkukuhkan lagi sistem saraan perkhidmatan awam di negara ini.

Langkah tersebut merupakan baharu dalam fasa pindaan kepada undang-undang berkaitan selain mampu mengurangkan tanggungan fiskal negara dalam tempoh jangka masa panjang.

Perkara tersebut dinyataka, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dalam satu pekeliling pada Selasa.

“Usaha ini merupakan komitmen negara dalam menangani isu peningkatan tanggungan pencen.

“Kerajaan melalui mesyuarat Jemaah Menteri pada 12 Julai 2023, memutuskan supaya suatu kaedah baharu bagi lantikan tetap pegawai awam diperkenalkan.

“Jemaah Menteri juga bersetuju supaya dalam tempoh peralihan (interim) sebelum penguatkuasaan kaedah tersebut, pengambilan pegawai awam ke perjawatan tetap akan dilaksanakan secara lantikan kontrak (COS) berkuat kuasa mulai tahun 2024,”katanya.

Tambahnya, pengambilan pegawai baharu secara lantikan kontrak dalam perkhidmatan awam mula berkuat kuasa bermula 1 Februari 2024.

“Kaedah pelaksanan lantikan kontrak ini adalah mengikut peraturan, pekeliling perkhidmatan dan kaedah semasa yang sedang berkuat kuasa iaitu MyPPSM Ceraian UP.1.1.1 Prosedur dan Dasar Pelantikan Secara Kontrak (Contract of Service).

“Dalam hal ini, lantikan kontrak (COS) yang dimaksudkan adalah lantikan kontrak Objek Sebagai (OS) 11000,” katanya.

Beliau mengingatkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) selaku Pihak Berkuasa Melantik (PBM) hendaklah mematuhi dan melaksanakan ketetapan ini berdasarkan peraturan, pekeliling perkhidmatan dan kaedah semasa yang sedang berkuat kuasa.

Baca juga: