Suami Amyza Aznan jalani intubasi kali kedua

Suami kepada pelakon Amyza Aznan, Khairil Idzhar Md Nazir, terpaksa ditidurkan atau intubasi kali kedua di Hospital Ampang, Kuala Lumpur ekoran tahap kesihatannya yang dikatakan kritikal.

Kata Amyza, 47, mengesahkan perkara itu dan memohon agar orang ramai mendoakan kesejahteraan suaminya agar kembali pulih.

“Saya baru dihubungi pihak hospital memaklumkan suami saya perlu ditidurkan buat kali kedua.

“Keadaannya agak kritikal dan doktor beritahu suami sudah berada tahap 50-50.

“Saya takut dan hanya mampu berdoa agar dia diberi kekuatan untuk menempuh ujian ini,” katanya.

Tambah pelakon filem Mat Bond Malaya itu juga meluahkan rasa terkilan apabila tidak berkesempatan untuk bersama suami di hospital disebabkan penularan kes Covid-19 semakin meningkat.

“Saya terpaksa berulang-alik untuk berjumpa suami. Saya sangat sedih melihat keadaannya.

“Sejak dia mula sedar dia nak bercakap pun sangat susah kerana keadaannya yang sangat lemah dan tidak berdaya,” katanya.

Sebelum ini Khairil dilaporkan sudah sedar selepas ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Ampang sejak 25 Disember lalu.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat