Palestin berhak mendapat hak negara yang berdaulat – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan telah menyampaikan hasrat kepimpinan Malaysia agar Palestin diterima sebagai anggota penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kepada Setiausaha Agung PBB di New York, Amerika Syarikat pada Selasa.

Menerusi hantaran di Facebook milik Anwar, Mohamad Hasan menyuarakan pendapat untuk menyegerakan gencatan senjata di negara terbabit secepat mungkin.

“Gesaan ini seiring dengan kenyataan TYT Antonio Guterres di Sidang Kemuncak Pergerakan Negara-Negara Berkecuali di Kampala, Uganda mengatakan bahawa hak Palestin untuk membina sebuah negara merdeka tidak boleh dinafikan,” katanya.

Anwar turut berkata, keamanan dan kedamaian Palestin hanya dapat dicapai dan dipertahan jika hak sebenar dikembalikan kepada yang berhak, iaitu Palestin.

Anwar turut dilihat mengkritik cara Israel melakukan kekerasan terhadap Palestin dengan menyatakan bahawa cara sedemikian tidak akan membawa keamanan yang diinginkan.

“Jika penindasan, kekerasan, rampasan hak dan dasar apartheid dibenarkan berleluasa, nescaya tiada suatu noktah yang selamat dalam kehidupan.

“Pasti suatu hari, sekarang atau di masa hadapan, mereka yang tertindas dan dinafikan segala hak akan bangkit menentang ketidakadilan sebegini,” ujarnya.

Anwar juga kekal dengan pendirian bahawa Malaysia yang menginginkan Palestin berhak mendapat hak membentuk sebuah negara yang merdeka dan berdaulat berdasar garis sempadan pra-1967, dengan Baitulmaqdis sebagai Ibu Kota.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat