Raja Permaisuri Agong dilantik semula sebagai Ketua Perlembagaan UIAM

Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dilantik semula sebagai Ketua Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pelantikan tersebut berkuat kuasa mulai 31 Januari ini untuk tempoh lima tahun.

Rektor UIAM, Profesor Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak berkata, warga UIAM bersyukur dan berbangga dengan keputusan pelantikan semula Tunku Azizah atas jawatan tersebut bagi penggal kedua.

“Ini merupakan penggal kedua baginda menjawat jawatan berkenaan selepas pernah dilantik sebelum ini pada kali pertama pada tahun 2019.

“Seluruh warga UIAM berbesar hati atas pelantikan semula ini kerana sikap penyayang dan prihatin baginda yang mendalam kepada semua warga di UIAM,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Dzulkifli turut berkata pelantikan semula ini membolehkan UIAM mencapai pelbagai pengiktirafan peringkat antarabangsa khususnya.

Beliau berkata seluruh warga UIAM akan memajukan perancangan disediakan dengan memanfaatkan pengalaman dan kecenderungan Tunku Azizah mengenai bidang ilmu yang beretika.

Tunku Azizah yang akan bersemayam di Istana Pahang dalam meneruskan legasi Almarhum Ayahanda baginda untuk membolehkan UIAM meneroka lebis luas lagi selari dengan slogan UIAM, ‘Leading The Way, Leading The World’.

Baca juga: