Pemain perseorangan badminton negara, Lee Zii Jia mengalahkan wakil Hong Kong, Ng Ka Long untuk melayakkan dirinya ke suku akhir Masters Indonesia pada Khamis.
Zii Jia tampil dengan corak permainan agresif dan berjaya memenangi perlawanan dengan mata 22-20, 21-15 pada aksi pusingan kedua yang berlangsung di Istora Senayan, Jakarta, Indonesia.
Sebelum ini, Zii Jia pernah tewas di tangan Ka Long pada pusingan kedua Masters Indonesia pada tahun lalu.
Ini merupakan suku akhir kedua buatnya untuk turut menjejakkan kaki kelompok lapan terbaik pada saingan Terbuka India minggu lalu sebelum tewas di tangan wakil Jepun, Kodai Naraoka.
Kemenangan kali ini menjanjikan perlawanan Zii Jia yang seterusnya untuk bertemu dengan pemain Kanada, Brian Yang dan pemain India, Priyanshu Rajawat untuk melayakkan diri ke separuh akhir.
Sementara itu, beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie terhenti di pusingan kedua selepas tewas dengan pasangan Korea Selatan dengan mata 10-21, 16-21.
Baca juga: