Penyanyi dan penulis lagu, Noh Salleh tampil memohon maaf secara terbuka kepada ibu kandung kepada anak angkatnya dan Mizz Nina, Musa atas hantarannya sebelum ini yang memaparkan wajah kanak-kanak tersebut.
Menerusi hantaran di Instagram miliknya, Noh, 38, memohon maaf kepada ibu kandung Musa dan menuruti tuntutannya untuk tidak memuat naik gambar wajah Musa lagi di samping memadam gambar-gambar yang mengandungi wajah Musa di laman sosialnya.
Katanya, perbuatan tersebut dilakukan olehnya hanya kerana beliau merindui Musa dan ingin membuat penjelasan bahawa Musa kini tidak lagi di bawah jagaannya setelah diserahkan kepada Mizz Nina.
Noh turut menepis dakwaan mengenai isu dirinya memanipulasi Athira (ibu kandung Musa) mengatakan sebelum ini dia tidak ada mengenakan apa-apa syarat tentang memuat naik gambar muka Musa.
“Namun, saya faham mengenai kedudukannya sebagai ibu kandung Musa dan saya hormati keputusan beliau untuk tidak menyiarkan muka Musa sesuka hati.
“Sebagai seorang manusia biasa, saya pasti ada membuat kesilapan kerana tidak memikirkan sensitiviti beliau serta terlalu mengikut perasaan rindu akan Musa hingga memuat naik gambar anak saya sama seperti ibu bapa lain di luar sana,” katanya menerusi hantaran tersebut.
Mengakhiri permohonan maaf tersebut, Noh berharap agar isu ini dapat diselesaikan kerana dirinya sudah membuat penjelasan sebaiknya.
Baca juga: