Warga emas melecur akibat kebakaran di Bukit Mertajam

Tiga lelaki termasuk seorang wanita warga emas melecur anggota badan dalam kebakaran rumah mereka di Kampung Alma Estate, Bukit Mertajam, awal pagi Ahad.

Dalam kejadian pukul 2.30 pagi, seorang lagi lelaki warga emas turut dilaporkan sesak nafas.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, berkata semua mangsa terbabit berusia lingkungan 70-an.

Katanya, anggota bomba tiba di lokasi pukul 2.53 pagi untuk operasi menyelamat dan memadamkan kebakaran.

“Terdapat empat mangsa terdiri tiga lelaki dan seorang wanita yang mana tiga didapati melecur pada anggota badan manakala seorang lagi sesak nafas.

“Dua mangsa yang melecur dibawa ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba,” katanya dalam kenyataan, pada Ahad.

Lapor Berita Harian, mangsa ketiga dan keempat pula diberikan rawatan awal oleh pasukan Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) sebelum turut dibawa ke HBM untuk rawatan lanjut.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat