Mayat wanita berlumuran darah ditemui di Desa Mentari

Seorang wanita dipercayai warga Indonesia ditemui maut dengan kesan cedera pada badannya di tepi tangga lif tingkat lima Blok 5, Desa Mentari, di Petaling Jaya pada pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, mengesahkan kejadian membabitkan wanita tersebut yang berusia lingkungan 20-an ditemui dalam keadaan berlumuran darah kira-kira pukul 6.30 pagi.

Ujarnya, kecederaan yang dialami tidak dapat dipastikan lagi dan menunggu pasukan forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor untuk menjalankan siasatan.

“Sehingga kini kita tidak kenal pasti lagi suspek dan meminta saksi kejadian untuk tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

“Kami juga akan memeriksa televisyen litar tertutup (CCTV) untuk menjalankan siasatan lanjut. Keterangan juga akan dirakam bagi mengesan suspek terbabit dalam kejadian ini,” katanya memetik laporan Kosmo.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat