Seorang penerjun payung United Kingdom maut selepas terjatuh dari bumbung kondominium 29 tingkat selepas payung terjun digunakannya gagal berfungsi di Pattaya, Thailand pada Sabtu.
Selain memaparkan beberapa klip terjun tapak dan payung dari pelbagai lokasi di negara Gajah Putih itu, Nathy Odinson, 33, juga merupakan seorang pempengaruh media sosial dengan memiliki lebih 10,000 pengikut di Facebook miliknya, Nathy’s Sky Photography.
Polis berkata, insiden itu berlaku ketika lelaki terbabit menyelinap naik ke aras 29 kondominium di Pattaya itu untuk membuat aksi terjun dari bumbung, namun payung terjunnya gagal dibuka.
Katanya, polis memaklumkan kemalangan itu berlaku kira-kira pukul 7.30 malam (waktu tempatan) sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
Mayat Odinson kemudian ditemui di atas tanah bersama payung terjun bulat berwarna biru yang kelihatan ia seperti tidak berfungsi dan tidak terbuka sepenuhnya.
Sementara itu, pegawai keselamatan kondominium memberitahu polis bahawa sebelum mendengar tangisan wanita, mereka terdengar bunyi objek kuat dan berat menghempap tanah lalu mereka bergegas ke lokasi dan menemukan Odinson yang ketika itu dalam keadaan kritikal sebelum meninggal dunia.
Baca juga: