Seorang lelaki warga Switzerland yang merupakan sukarelawan hidupan liar di Chiang Mai, Thailand berdepan detik cemas apabila dia diserang oleh seekor beruang sehingga hilang tangan kanan akibat digigit beruang.
Stefan, 32, dikatakan berusaha untuk melepaskan tangannya daripada mulut haiwan liar itu, namun beberapa percubaannya gagal sehinggalah merentap tangannya.
Memetik laporan, Bangkok Post, terdapat saksi yang melihat kejadian itu berlaku dan terus memberikan pertolongan cemas dan membawa mangsa ke hospital berdekatan dengan yayasan hidupan liar daerah Chiang Dao.
Difahamkan kecederaan tangan yang dialami bermula dari siku dan ke bawah.
Susulan itu, dipindahkan ke hospital swasta di Chiang Mai kerana kecederaan lengannya yang terputus ditemukan dalam keadaan koyak dan memerlukan pembedahan segera.
Selain itu, beruang hitam Asia berkenaan dipindahkan ke yayasan hidupan liar ke Taman Negara Doi Pha Daeng di Chiang Dao.
Baca juga: