Rasa nak healing kejap, berikut 5 lokasi menarik untuk ‘rehat minda’ daripada kesibukan kerja

Tanggungjawab dan bebanan di tempat kerja antara hal yang membuat seseorang mengalami tekanan tidak mengira sama ada emosi atau mental.

Jadi, salah satu cara yang dapat membantu untuk meringankan beban adalah dengan merehatkan diri di pusat peranginan.

Bukan sahaja dapat merehatkan diri, tetapi bercuti ke tempat-tempat peranginan juga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan dan persahabatan, lebih-lebih lagi setelah sekian lama tidak berlibur bersama.

Oleh itu, Malaysia Bangkit kongsikan lima tempat percutian sebagai cara untuk healing sekali gus mampu caj diri dengan aura positif.

Dusun Bonda

Dusun Bonda

Dusun Bonda atau Dusun Bonda Resort terletak di Ulu Tamu, Batang Kali, Selangor menyediakan penginapan yang menceriakan dan mendamaikan. 

Bukan sekadar penginapan, malah Dusun Bonda Resort turut menjanjikan suasana penuh ketenangan dan padat dengan keseronokan untuk pengunjung yang datang.

Dusun Bonda menawarkan penginapan jenis studio villa, villa tiga bilik, dan juga Glam 5-metre Bell Tent serta Glam 4-metre Bell Tent.

Glamz@Genting

Glamz @ Genting

Menikmati pengalaman berkhemah dalam keadaan yang penuh glamor, menjadi antara salah satu tarikan pengunjung di Glamz@Genting, Genting Highlands, Pahang.

Fenomena glamping atau glamorous camping mendapat sambutan hebat oleh masyarakat tempatan terutamanya golongan remaja.

Glamz @ Genting sendiri boleh dikategorikan sebagai pusat glamping poipular. Selain mempunyai lokasi strategik, ia juga memberikan suasana sejuk kawasan pergunungan dan berdekatan dengan Genting Theme Park.

Colmar Tropicale, Berjaya Hills

Colmar Tropicale, Berjaya Hills

Tak perlu melancong ke luar negara kalau nak merasai pengalaman bercuti yang menyeronokkan. Terletak di negeri Pahang, anda juga sudah boleh feeling-feeling bercuti diluar negara. 

Terdapat beberapa lokasi menarik yang mampu mewujudkan kenangan istimewa dan tidak dapat dilupakan. Antaranya Japanese Village, restoran ala Perancis dan beberapa tempat menarik lain.

Tak cukup dengan tu, aktiviti paintball dan memanah juga disediakan.

Wonderland Park

Wonderland Park

Terletak kira-kira 15 kilometer dari pusat bandar Kuala Lumpur, taman rekreasi seluas 23 ekar itu menjanjikan satu pengalaman percutian keluarga yang interaktif. 

Memiliki beberapa jenis haiwan liar yang ditempatkan di sebuah zoo. Malah pengunjung juga dibenarkan untuk bergambar dan memberi makan kepada haiwan.

Pengunjung disarankan untuk datang pada waktu malam kerana taman ini akan dipenuhi dengan limpahan cahaya lampu LED yang mempesoana, selain boleh diadikan dalam kenangan.

Taman Tugu

Taman Tutu

Jangan terkejut sekiranya Malaysia Bangkit mengatakan lokasi rimba hijau ini sebenarnya berada di tengah-tengah bandar taya Kuala Lumpur.

Kawasan tempat laluan pejalan kaki dikelilingi dengan keindanhan tumbuhan pokok hijau yang tumbuh mekar.

Lengkap dengan pelbagai fasiliti, di sepanjang ruang berjalan kaki terdapat banyak tempat duduk dan buaian untuk anda bersantai sambil memejamkan mata dan menghirup udara segar.

Baca lagi:

Anda Mungkin Berminat