Remaja 14 tahun bunuh diri kerana dibuli, keluarga bakal saman pihak sekolah

Seorang pelajar perempuan, Adriana Kuch, 14, bertindak membunuh diri selepas dikatakan menjadi mangsa buli melampau di sebuah sekolah di New Jersey, Amerika Syarikat.

Menerusi satu rakaman video tular di media sosial, mangsa telah didatangi oleh beberapa orang pelajar yang kemudian menyimbahnya dengan cecair berwarna merah jambu.

Kemudian mangsa dilihat beberapa kali dipukul dan dipijak sebelum rambutnya ditarik oleh pembuli berkenaan.

Ekoran daripada itu, bapanya, Michael Kuch, percaya tindakan ganas pembuli di Sekolah Tinggi Central Regional menjadi punca anaknya membunuh diri.

Menurutnya, pihak sekolah gagal membendung aktiviti keganasan buli dan membiarkan pembuli tersebut menyiarkan video anaknya di internet.

“Adriana adalah cahaya kepada kehidupan kami, setelah setahun pemergian tragis ini, kami mahukan keadilan buat Adriana.

“Jelas sekolah ini mempunyai masalah buli yang serius namun tiada tindakan yang dibuat dari pihak pentadbir sekolah untuk menangani isu ini,” ujarnya dalam suatu kenyataan.

Menurut laporan media tempatan WNBC News, Michael memfailkan saman pada Isnin dengan membuat tuntutan ganti rugi terhadap pengetua sekolah, pegawai pendidikan daerah, Lembaga Pendidikan dan pegawai lain di sekolah itu kerana gagal mengatasi masalah buli dalam kalangan pelajar.

Baca juga:

https://malaysiabangkit.com/2024/01/30/israel-dakwa-wujud-terowong-hamas-di-tanah-perkuburan-di-bani-suheila/