Siapa Daim sebenarnya? Berikut senarai 70 aset di Malaysia

Tun Daim atau Tun Dr Che Abdul Daim Zainuddin merupakan bekas Menteri Kewangan Malaysia dan juga seorang usahawan yang terkenal.

Daim berkhidmat sebagai Menteri Kewangan dari 1984 hingga 1991, dan kali keduanya beliau menggantikan Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan pada 1999 hingga 2001.

Daim yang digelar sebagai ‘orang kanan’ Dr Mahathir membuat kemunculan semula dalam pentas politik setelah Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi dilantik menerajui pentadbiran Kerajaan Persekutuan berikutan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pada 2018 hingga 2020, Daim yang juga bekas Menteri Kewangan itu diberi tanggungjawab mempengerusikan Majlis Penasihat Diraja pada era pemerintahan Mahathir.

Dikatakan bibit-bibit hubungannya rapat dengan Mahathir apabila dilantik sebagai perunding perniagaan kepada Mahathir yang ketika itu bergelar timbalan perdana menteri.

Namun pun demikian, Daim yang berusia 86 tahun itu baru diketahui adalah seorang jutawan misteri kerana dakwaan tidak mengisytiharkan 70 aset hartanya.

Aset hartanya adalah seperti senarai berikut:

Akaun Bank:
Amanah Saham Nasional Berhad (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN)

Kenderaan:
1. Mercedes Benz 600 SEL
2. Jaguar XJS HE
3. Mercedes Benz 450SEL
4. Mercedes Benz 450 SLC
5. Rolls Royce Royce 2 Axle Rigid Body
6. Austin Morris Austin
7. Ford Prefect

Syarikat:
1.Ibu Kota Developments Sdn Bhd
2. Maya Seni Holdings Sdn Bhd
3. Menara Ampang Sdn Bhd
4. Dream Cruiser Sdn Bhd
5. Landbelt Corporation Sdn Bhd
6. Kenari Teliti Sdn Bhd
7. Fnq Advanced Materials Sdn Bhd
8. Kota Tandop Development Sendirian Berhad
9. Alun-Alun Resort (M) Sdn Bhd
10. Dasar Seroja Sdn Bhd
11. Gigantic Promotions Sdn Bhd
12. Jupiter Alliance Sdn Bhd
13. Inayat Realty Sdn Bhd
14. Suasa Urus Sdn Bhd
15. Avillion Berhad
16. Meridian Haven Sdn Bhd
17. Avillion Vista Hotel Sdn Bhd
18. Vast Access Sdn Bhd
19. Fortune Valley Sdn Bhd
20. Reliance E-Com Sdn Bhd
21. Admiral Marina Berhad
22. Golden Envoy (M) Sdn Bhd
23. Mela Lifestyle Sdn Bhd
24. AVI SPA Sdn Bhd
25. Avillion Hotel Group Sdn Bhd
26. RPB Capital Holdings Sdn Bhd
27. Genius Field Sdn Bhd
28. Festive Place Sdn Bhd
29. Avillion Suite Hotel (PD) Sdn Bhd
30. Taman Unik Sdn Bhd
31. Admiral Cove Development Sdn Bhd
32. Nesline Sdn Bhd
33. RPB Development Sdn Bhd
34. OS Resources Sdn Bhd
35. Avillion Hotel (Kl) Sdn Bhd
36. Avillion Hotels International Sdn Bhd
37. Admiral Hill Hotel Sdn Bhd
38. Reliance Shipping & Travel Agencies (Perak) Sdn Berhad

Hartanah/tanah di bawah syarikat di:
1. Seksyen 89, Kuala Lumpur
2. Persiaran Ritchie, Kuala Lumpur
3. Hartanah Jalan Taman U-Thant, 55000 Kuala Lumpur
4. Taman Maluri, Kuala Lumpur
5. Rompin House, Bukit Fraser, Pahang
6. Kampung Pandan, Kuala Lumpur
7. Taman Melawati, Kuala Lumpur
8. Desa Kuda Lari, Kuala Lumpur
9. Desa Pahlawan, Kuala Lumpur
10. Socfin House-White Palace Kuala Lumpur
11. Beberapa hak milik di Taman Maluri, Cheras, Kuala Lumpur
12. Kondominium di Jalan Madge Off Jalan U-Thant, Kuala Lumpur
13. Gohtong Jaya Genting Highlands, Pahang
14. Wangsa Melawati Kuala Lumpur
15. Beberapa hak milik di Jalan Jejaka, Maluri, Kuala Lumpur
16. Beberapa hak milik di Taman Dagang Ampang, Ampang, Selangor
17. Menara Ampang, Selangor
18. Mukim Bujang, Kuala Muda, Kedah
19. Bukit Saujana, Ijok, Selangor
20. Suit di Menara Mutiara Bangsar 8, Kuala Lumpur
21. Avillion Port Dickson, Port Dickson, Negeri Sembilan
22. Avillion Admiral Cove, Port Dickson, Negeri Sembilan
23. Avillion Cameron Highlands, Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang
24. Kelab Admiral Marina & Leisure, Negeri Sembilan
25. AVI Pangkor Beach Resort, Perak

Berdasarkan jumlah aset yang tidak dilaporkan ini, orang paling kaya Malaysia, Daim, mempunyai kira-kira RM65 bilion dalam Bursa Malaysia dan kekayaan luar negara mencecah RM20 bilion.

Daim telah didakwa di Mahkamah Seksyen 9 Kuala Lumpur kerana gagal mematuhi pemberitahuan dengan tidak mengisytiharkan harta.

Mengikut pertuduhan, Daim didakwa dengan sengaja memberikan satu pernyataan bertulis dengan bersumpah tidak mematuhi terma notis bertarikh 8 November 2023 yang dihantar kepada beliau oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berpangkat Pesuruhjaya pada 14 November 2023 iaitu dengan tidak mengisytiharkan harta.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda sehingga RM100,000, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, Daim mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan sebaik jurubahasa membacakan pertuduhan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Disebabkan faktor kesihatan, Daim dibenarkan diikat jamin RM280,000 dengan seorang penjamin tempatan dengan tiada syarat tambahan.

Mahkamah menetapkan 22 Mac depan untuk sebutan semula kes.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat