Penyanyi yang terkenal dengan lagu Setelah Aku Kau Miliki, Shima mendapat bantuan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kata Anwar, bantuan terbabit disampaikan oleh Setiausaha Politik, Farhan Fauzi ketika menyantuni penyanyi itu baru-baru ini.
“Alhamdulillah, Setiausaha Politik saya, saudara Farhan Fauzi berkesempatan menziarahi seniwati Ku Nazhatul Shima Ku Kamarazzaman atau Shima.
“Saudara Farhan turut menyampaikan sumbangan daripada pihak saya bagi membantu urusan harian dan perubatan Shima,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Dalam pada itu, Shima, 54, dilaporkan kehilangan sumber pendapatan akibat menghidapi penyakit bronchitis.
“Shima kini menghidap penyakit bronchitis sehingga menyebabkan beliau tidak boleh menyanyi sekali gus terputus sumber pendapatan.
“Saya mendoakan Shima dikurniakan afiyah serta sentiasa diberikan kekuatan oleh Allah SWT,” katanya.
Baca juga: