Rayuan bekas pegawai khas bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein didengarkan di Mahkamah Rayuan Putrajaya berkaitan tuduhan menerima rasuah berjumlah RM80,000 serta dijatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM400,000.
Menurut laporan Berita Harian, prosiding rayuan dibuat mengikut sistem kehakiman bermula pukul 9 pagi.
Pada 27 November 2018, bekas pegawai khas, Zailan Jauhari didapati bersalah apabila mengambil kira kesemua kenyataan saksi, pembelaan dan segala dokumen dikemukakan serta dijatuhkan hukuman mengikut Mahkamah Seksyen Shah Alam.
Menurut Hakim, Rozilah Salleh, pembelaan bagi tertuduh tidak telus, tidak diterima, tidak munasabah dan direka-reka.
“Permohonann ditolak yang diusulkan peguam bela Zailan, Md Yunos Shariff, untuk denda RM400,000 dibayar secara ansuran sebanyak dua kali.
“Diperintahkan ia untuk melunaskan sepenuhnya atau tertuduh akan dipenjarakan selama setahun jika gagal berbuat demikian,” katanya.
Walau bagaimanapun, beliau membenarkan permohonan penangguhan hukuman penjara selama dua tahun sementara menunggu rayuan.
Sebelum ini, Zailan didakwa telah menerima sekeping cek berjumlah RM60,000 dan wang tunai sebanyak RM20,000 yang dianggap sebagai dorongan kepada dua syarikat di Kuala Selangor dengan memberikan tender pembersihan sekolah.
Kesalahan mengikut Seksyen 16a (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 itu telah dilakukan di Mak Engku Steamboat & Grill, No 2, Jalan Bendahara 1/2, Taman Bendahara, Shah Alam pada 8 Januari 2014.
Baca juga: