Dua anggota polis berdepan detik cemas apabila mereka dibelasah oleh sekumpulan warga migran ketika sedang menjalankan tugas berhampiran Times Square, Amerika Syarikat.
Insiden tersebut berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di premis terbabit menunjukkan kedua-dua aggota terbabit sedang menahan seorang warga asing.
Bagaimanapun, berlaku bergelutan sehingga menyebabkan ketiga-tiga mereka jatuh ke lantai.
Saat kedua-dua anggota polis terbabit jatuh, beberapa warga asing lain mengambil kesempatan dengan memijak kepala dan memukul mereka beberapa kali.
Kejadian yang berlaku pada pukul 8.30 malam di West 42nd Street di Manhattan pada Sabtu difahamkan, tiada tangkapan dibuat.
Bagaimanpun, polis berjaya mengenal pasti identiti Darwin Andres Gomez Izquiel, 19, Kelvin Servat Arocha, 19, Juarez Wilson, 21, dan Yorman Reveron, 24.
Kata sumber, keempat-empat mereka bagaimanapun dibebaskan tanpa ikat jamin selepas didakwa melakukan serangan ke atas pegawai polis.
Bagaimanapun, suspek, Jhoan Boada, 22, ditahan pada malam Isnin atas tuduhan cuba menyerang seorang pegawai polis, menurut sumber polis.
Sementara itu, wakil Pejabat Peguam Daerah Manhattan berkata, insiden terbabit masih disiasat dan menyemak video tambahan mengenai dakwaan serangan itu.
Difahamkan kedua-dua polis yang diserang, mengalami cedera ringan dan mendapat rawatan di tempat kejadian.
Baca juga: