Seramai sembilan penyanyi bakal disatukan atas satu pentas menerusi Konsert Rock Lagend Berzaman yang bakal diadakan di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 3 Mac depan.
Barisan artis yang terlibat terdiri daripada Muss May, Zamani Slam, Amir Ukays, Ameng Spring, Ezad Lazim, Shidi Data, Azan Scan, Poey Sting dan Hazama.
Mewakili barisan penyanyi yang bakal membuat persembahan, Ameng tidak menyangka bahawa dirinya akan diberi tawaran untuk turut serta dalam konsert ini.
“Selama ini saya hanya diberi tawaran untuk membuat persembahan secara percuma sahaja di mana-mana acara.
“Jadi saya agak terperanjat ketika menerima tawaran ini,” katanya ketika sidang media Konsert Rock Legend Berzaman di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur pada Rabu.
Dianggarkan sebanyak 32 buah lagu akan dipersembahkan dalam konsert yang dibawakan oleh usahawan popular, Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM.
Ticket boleh didapati di www.ticket2u.com.my pada harga RM198 (Silver), Gold (RM298), Diamond (RM358) dan VIP (RM698).
Baca juga: