Polis nasihat jangan terpedaya dengan waran tangkap palsu di WhatsApp

Orang ramai diminta untuk tidak terpedaya dengan mesej waran tangkap yang diterima melalui aplikasi WhatsApp dan Telegram kononnya dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia.

Timbalan Pengarah (Siasatan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Rohaimi Md Isa memaklumkan bahawa waran tangkap tersebut adalah palsu dan orang ramai tidak perlu mempercayainya.

“Jabatan kami tidak pernah menerima waran tangkap sedemikian, namun semua pihak diingatkan untuk tidak menuruti sebarang arahan yang diberikan dari waran tersebut,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Rohaimi turut menyatakan bahawa penyebaran waran tangkap sebegini turut dikenal pasti sebagai salah satu elemen penipuan.

Katanya, pihak PDRM telah mendapat arahan untuk menahan pesalah-pesalah terbabit dalam masa 24 jam dan mereka tidak dibenarkan untuk diikat jamin oleh mana-mana pihak termasuk peguam dan segala aset-aset akan dibekukan.

Beliau turut menasihati orang ramai untuk melakukan semakan dengan agensi yang berkaitan sekiranya menerima dokumen yang mencurigakan di samping tidak melakukan sebarang keputusan melulu.

Baca juga: