Wanita bersama 2 kanak-kanak cedera kena simbah asid

Polis memburu seorang lelaki yang dipercayai terlibat dengan kejadian mencederakan sembilan orang mangsa dengan cara menyimbah asid.

Suspek bagaimanapun berjaya melarikan diri selepas melakukan jenayah tersebut di Clapham, London pada Rabu.

Menurut seorang saksi, seorang wanita yang merupakan mangsa kejadian menjerit meminta bantuan sambil mengadu matanya sakit.

Katanya, wanita terbabit bersama dua anaknya berada di dalam kereta putih bersama seorang lelaki sebelum pasangan itu keluar dan mula bergaduh di jalan raya.

“Terdapat seorang bayi perempuan mengetuk pintu di sebelah bapa saya dan wanita itu menangis sambil menjerit ‘mata saya, polis,” kata saksi.

Menurut seorang pegawai polis penyiasat dikenali sebagai Met, suspek kemudian kembali ke kereta dan cuba melarikan dua orang kanak-kanak tersebut.

“Mangsa termasuk dua orang kanak-kanak itu cedera terkena cecair asid dan dikejarkan ke hospital bersama tiga orang awam yang cuba membantu mangsa turut cedera,” ujarnya lagi.

Polis segera melakukan pencarian untuk seorang lelaki yang melarikan diri dari tempat kejadian selepas serangan itu berlaku di hotel berdekatan, Clapham South Belvedere.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat