Dua pemandu lori maut dalam kemalangan melibatkan tujuh kenderaan di Kilometer 288.1 Lebuhraya Utara Selatan Arah Utara di Gopeng, Perak pada pagi Sabtu.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata kemalangan terbabit melibatkan tiga buah lori dan empat buah kereta.
“Kedua-dua pemandu lori lelaki meninggal dunia di tempat kejadian kerana tersepit dalam kenderaan mereka.
“Mayat kedua-dua mangsa telah dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan.
Kemalangan berkenaan mengakibatkan kesesakan sepanjang 2 kilometer dari kedua-dua arah lebuh raya itu.
Sabarodzi turut menyatakan muatan gula daripada lori terbabit turut memenuhi kawasan sekitar kejadian dan kerja-kerja pembersihan sedang giat dijalankan. – Bernama
Baca juga: