Terkait dakwaan kes penipuan, polis buka 54 kertas siasatan ke atas Snupee Mall

Sebanyak 54 kertas siasatan dibuka melibatkan Snupee Mall, yang dikatakan menipu penggunanya sehingga mengalami kerugian sebanyak RM1,031,444.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), DCP Datuk Rohaimi Md Isa memberitahu, modus operandi syarikat itu sama seperti syarikat pelaburan atas talian yang lain.

“Individu yang berminat perlu mendaftar dan membeli pakej yang ditawarkan dengan harga serendah RM50 hingga RM13,700.

“Tugasan yang perlu mereka buat berpandukan kepada nilai pakej yang mereka beli dan mereka turut menawarkan 80 peratus cashback setiap kali penambahan wang dalam akaun Snupee,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada 29 Januari lalu, syarikat berkenaan telah mengeluarkan notis mengatakan sudah muflis dan menutup operasi secara tiba-tiba, sehingga mengakibatkan ramai pengguna mengalami kerugian ribuan ringgit.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan pihak PDRM menggesa orang ramai yang menjadi manga skim penipuan seperti ini untuk tampil membuat laporan di balai polis berhampiran.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat