Majlis Kerja Tinggi (MKT) UMNO akan mengadakan mesyuarat khas pada Sabtu, bagi membincangkan tentang pengurangan tempoh hukuman penjara bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak daripada 12 tahun ke enam tahun.
Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, mesyuarat berkenaan dijadualkan berlangsung 11 pagi.
“Satu mesyuarat khas MKT Umno akan diadakan 11 pagi, untuk membincangkan perkembangan muktakhir politik semasa tanah air khususnya bersangkutan dengan pengumuman pengurangan tempoh hukuman Najib oleh Lembaga Pengampunan,” katanya.
Kolokium Kongres Ekonomi Bumiputera akan dipengerusikan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Ghani, dipercayai akan dihadiri oleh 2,000 pimpinan UMNO dari 191 bahagian seluruh negara.
Sebelum ini, media melaporkan Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya ke-61 memutuskan hukuman terhadap Najib diberi pengurangan 50 peratus bagi hukuman dan denda yang perlu dibayar.
Namun, sekiranya denda tidak dibayar, tempoh penjara bagi Datuk Seri Najib akan ditambah selama setahun di mana tarikh pembebasan beliau adalah pada 23 Ogos 2029.
Baca juga: