Lagi premis perniagaan warga asing kena sita dengan DBKL

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meneruskan usaha Tindakan Khas Aktiviti Perniagaan Dikendalikan Warga Asing di Pasar Borong Kuala Lumpur pada pukul 8 malam, Jumaat.

Dalam satu kenyataan, DBKL berkata, sebanyak 14 tindakan telah dikenakan termasuk penyitaan terhadap aktiviti perniagaan sayur-sayuran, buah-buahan dan barangan runcit milik warganegara asing, terutamanya Myanmar.

“Sebanyak 12 kes sita atau pindah barangan dibawah Seksyen 46, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 kerana membuat pindah barangan perniagaan telah difailkan termasuk dua kes menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen dibawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016.

“Barangan yang disita telah dipindahkan ke Stor Sitaan DBKL Setor Sitaan DBKL Jalan Lombong Taman Miharja Cheras untuk tindakan rekod dan dokumentasi,” kata kenyataan terbabit.

Tindakan khas hasil kerjasama Pejabat Cawangan DBKL Parlimen Batu dan Jabatan Penguatkuasaan ini akan diteruskan dari semasa ke semasa demi membanteras kes perniagaan warga asing di sekitar Kuala Lumpur.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat