Malam Seribu Tahun jadi hadiah istimewa Imran Ajmain buat peminat

Penyanyi dan komposer Imran Ajmain kini muncul dengan konsert sulung Malam Seribu Tahun yang berlangsung selama dua hari bermula 3 Februari di Menara Ken, Taman Tun Dr Ismail, setelah lima tahun tidak muncul dengan persembahan pentas.

Artis yang berasal dari Singapura itu memulakan persembahan tepat pada pukul 9 dengan menyanyikan lagu pertama berjudul Taurus yang berjaya menghiburakn lebih 600 penonton yang hadir.

Konsert tersebut terbahagi kepada tiga segmen iaitu segmen pertama berkonsepkan persembahan secara langsung (live); kedua, akustik; ketiga, iringan muzik band sepenuhnya.

Pada segmen yang pertama, Imran telah menyampaikan lima buah lagu hits yang berjudul Taurus, Intan Dan Perak, Hanya Menari, Di Kalung Kasihan dan Ghaibmu.

Ketika mempersembahkan lagu Di kalung Kasihan, ramai penonton turut sama menyanyikan lagu tersebut itu dengan penuh emosi selain turut terbuai dengan emosi.

Sementara itu, pada segmen kedua yang berkonsepkan akustik, sebanyak empat buah lagu telah didendangkan antaranya Mengaku Kalah, Peluang Kedua, Nada Merindu dan Allah Selamatkan Kamu.

Tiba saat-saat yang paling dinantikan oleh semua penonton iaitu lagu keramat bagi Imran yang berjudul Seribu Tahun dinyanyikan pada segmen kedua, dengan beberapa lagu lain antaraya Jika Engkau Pergi, Kekasih Awal Dan Akhir, Apa Salah Beta, Menimbang Rasa, Harapan Kecewa dan Sudah Tu Sudah.

Kelunakan suara Imran itu bagai hipnosis penonton yang hadir sekali gus mengimbau semula era kegemilangan untaian lagu popularnya yang kini kembali tular di media sosial, antaranya Selamat Ulang Tahun Sayang dan Seribu Tahun.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat