Miley Cyrus julang trofi Grammy pertama

Anugerah Grammy yang ke-66 yang diadakan pada Isnin menyaksikan kemenangan pertama bagi dua penyanyi terkenal, Miley Cyrus dan Kylie Minogue.

Miley, 31, memenangi dua anugerah Grammy iaitu Rekod Terbaik dan Persembahan Pop Solo Terbaik dengan lagu yang menjadi fenomena tahun lalu berjudul Flowers.

Saat memberi ucapan usai dinobatkan sebagai pemenang, Miley dia tidak menyangka lagu itu akan memenangi anugerah berprestij.

“Sebelum tiba di sini, saya terperangkap di dalam trafik dan hujan turun sangat lebat. Saya tidak menyangka saya hampir sahaja terlepas momen indah ini.

“Saya juga berada di tempat duduk bernombor 3, yang merupakan nombor bertuah saya,” katanya.

Selain Miley, penyanyi dan penulis lirik dari Australia, Kylie Minogue juga memenangi anugerah ini setelah 37 tahun berkecimpung dalam bidang nyanyian.

Memenangi anugerah Rekod Pop Dance Terbaik dengan lagunya yang berjudul Padam Padam, kemenangan itu secara tidak langsung merupakan Anugerah Grammy kedua berjaya diraihnya selepas memenanginya sebelum ini pada 20 tahun yang lalu.

Ia merupakan anugerah Grammy pertama miliknya selepas sekian lama memenangi anugerah tersebut pada tahun 2004 dalam kategori Lagu Tarian/Elentronik Terbaik dengan lagu Come Into My World.

Selain Miley dan Kylie, terdapat beberapa penyanyi terkenal turut memenangi penganugerahan ini seperti Taylor Swift yang memenangi dua anugerah iaitu dalam kategori Album Terbaik dan Album Pop Vocal Terbaik di samping Billie Eilish yang memenangi kategori Lagu Terbaik dan Lagu Terbaik Untuk Visual Media.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat