Mizz Nina dakwa Musa terabai sewaktu di bawah jagaan Noh Salleh

Mahkamah Syariah Shah Alam, Selangor pada Selasa memutuskan hak penjagaan anak angkatnya, Musa diberikan sepenuhnya kepada aktivis kemanusiaan dan usahawan, Mizz Nina.

Mizz Nina atau nama lengkapnya, Shazrina Azman, 44, memberitahu, penarikan balik kes penjagaan penuh ke atas Musa dan inter-parte bagi hak penjagaan sementara.

Dia turut memaklumkan keadaan anaknya Musa kelihatan tidak terurus sepanjang berada di bawah jagaan bekas suami, Noh Salleh.

“Saya seorang sahaja yang didaftarkan sebagai ibu angkat Musa secara sah.

“Bekas suami, membawa keluar Musa ketika saya meninggalkannya dalam jagaan pengasuh,” katanya kepada Malaysia Bangkit.

Mizz Nina turut menyatakan sepanjang tiga minggu Musa berada di bawah jagaan Noh, Musa kelihatan seperti mengalami masalah dalaman atau abandonment issue.

“Musa seperti mengalami trauma dan keadaan dirinya dilihat terabai, tabiat pemakanan dan waktu tidurnya juga berubah,” katanya.

Bagaimanapun, mengulas mengenai perkara itu, penyanyi, Noh menolak dakwaan kononnya dia mengabaikan tanggungjawab sebagai bapa ke atas Musa sepanjang tempoh kanak-kanak itu berada di bawah jagaan.

Katanya, Musa kelihatan ceria sepanjang tiga minggu bersama dengan dirinya, dan dia mendakwa tidak pernah melihat anaknya itu segembira itu ketika bersama Mizz Nina.

“Saya tidak pernah melihat Musa seceria itu ketika bersama Nina. Kalau benar dia risaukan Musa, mengapa perlu dia meninggalkan dia dalam jagaan pengasuh selama itu,” ujarnya.

Semalam, pihak Mizz Nina memutuskan untuk memfailkan penarikan balik untuk kes penjagaan penuh bagi anak angkatnya, Musa dan inter-parte bagi hak penjagaan sementara.

Peguamnya, Fakhrul Azman Abu Hassan berkata, tiada proses sulh yang berlaku semalam (Isnin) dan hari ini pihaknya bersama Mizz Nina akan kembali mengesahkan di hadapan hakim.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat