Penyanyi dan vokalis Hujan, Salleh tiba di Mahkamah Syariah Shah Alam, Selangor pada pukul 8.50 pagi dengan harapan keputusan mahkamah ditarik balik.
“Kami mahu ‘counter’ balik dan selamatkan Musa.
“Doakan semuanya dipermudahkan dan baik-baik sahaja,” katanya ketika ditemui pada Selasa.
Noh dilihat mengenakan pakaian serba hitam dan menyapa media dengan tenang di samping hadir bersama peguamnya.
Sementara itu, Mizz Nina turut hadir pada pukul 9.05 pagi ditemani suaminya, Essam Muhammad.
“Kami akan bercakap mengenai sebutan ini selepas ini,” kata Essam.
Mizz Nina enggan mengulas lanjut dan hanya senyum ketika disapa media.
Terdahulu, media melaporkan bekas isteri kepada penyanyi berkenaan, Mizz Nina menarik semula tuntutan hak penjagaan penuh ke atas anak angkat mereka, Musa.
Baca juga: