3 individu rompak kedai emas dalam pasar raya

Polis menjejaki tiga individu yang disyaki merompak sebuah kedai emas dalam sebuah pasar raya di Kota Warisan, Sepang pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, memberitahu pihaknya menerima laporan mengenai insiden tersebut yang dipercayai berlaku kira-kira pukul 8.15 malam.

“Laporan lengkap berkenaan kes itu akan dikongsikan selepas mendapat kebenaran Ketua Polis Selangor,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Tambahnya, siasatan sedang dijalankan manakala fakta kes akan diserahkan kepada Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat