Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersempena mesyuarat Pra-Kabinet pada Selasa.
Pertemuan Anwar bersama Baginda berlangsung di Istana Negara, Kuala Lumpur itu dikongsikan oleh Baginda sendiri di Facebook rasminya.
Berdasarkan hantaran tersebut, rakyat amat bangga dan meluahkan rasa syukur dengan dua kepimpinan yang boleh membawa negara ke arah yang lebih baik dan maju jaya.
“PM paling tegas, berintegriti dan terbaik dalam menjalankan tugas, Alhamdulillah,” kata Syed Danish.
“Semoga pentadbiran PM lebih baik dibawah naungan Tuanku Yang di-Pertuan Agong amin. Daulat Tuanku,” kata Yusoff Puteh.
“Gabungan yang paling mantap, moga Malaysia bertambah maju dan makmur,” Mohd Yusof.
Kerajaan Perpaduan mendukung sepenuhnya titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim sebelum ini yang mahu melihat pentadbiran Malaysia meneruskan tadbir urus yang baik dan telus demi kesejahteraan rakyat.
Terdahulu, Anwar dalam kenyataan sebelum ini mengajak semua pihak untuk bersama-sama meraikan permulaan tampuk pemerintahan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong.
Sultan Ibrahim melafaz sumpah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong Ke-17 dalam upacara yang berlangsung penuh adat istiadat di Istana Negara, Kuala Lumpur, pada 31 Januari yang lalu.
Baca juga;