Astro Radio mengumumkan penukaran nama syarikat tersebut kepada Astro Audio, dengan mempunyai hala tuju yang terbaharu untuk permulaan tahun 2024.
Pemangku Ketua Astro Audio, Priya Daarshini berkata, penukaran tersebut bagi membantu pengurusan stesen radio bergerak seiring dengan peralihan teknologi digital masa kini.
“Ini kerana Astro Audio bukan sahaja menyiarkan radio melalui frequency modulation (fm) sahaja, tetapi kami mempunyai aplikasi, Syok yang turut menyiarkan setiap stesen radio kami secara atas talian,” katanya ketika ditemui Malaysia Bangkit di Bukit Jalil pada Rabu.
Selain itu, penggabungan radio Era Sabah dan Era Sarawak yang diletakkan di bawah satu bumbung di Kuala Lumpur.
“Kesemua penyampai stesen tersebut telah dipindahkan ke ibu pejabat bagi membolehkan pengurusan dibuat dengan lebih teratur,” kata pengurus kandungan Era Sabah dan Sarawak, Hani Fadzil.
Selain Era, stesen radio lain di bawah Astro Audio termasuk Hitz fm, Mix fm, Lite fm, Sinar fm, Gegar fm, Zayan fm, GoXuan fm dan Raaga fm.
Baca juga: