Menitikberatkan soal kesahihan laporan berita dan penekanan terhadap beberapa aspek, Kementerian Komunikasi dengan kerjasama Jabatan Penerangan akan melancarkan manual etika kewartawanan pada Februari ini.
Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, pihaknya bertemu dengan wakil Jabatan Penerangan bagi membincangkan mengenai perkara itu.
“Kita jangkakan selepas Tahun Baharu Cina, kita akan mencari tarikh yang sesuai untuk melancarkan manual ini,” katanya kepada media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi Bil.2/2024 di Putrajaya, Selasa.
Tambahnya, manual tersebut akan memberikan penjelasan ke atas beberapa perkara selain pengesahan terhadap laporan berita dan beberapa fungsi lain.
Baca juga: