Barisan pembelaan Datuk Seri Najib Razak memohon agar mendapatkan pengampunan penuh terhadap bekas Perdana Menteri itu, daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Peguam belanya, Tan Seri Muhammad Shafee Abdullah berkata, pihaknya masih menunggu arahan daripada anak guam untuk melaksanakan perkara itu.
“Saya sedang menunggu sebarang maklum balas dan arahan lanjut daripada anak guan saya,” katanya pada sidang media di Mahkamah Kuala Lumpur pada Rabu.
Sebelum ini, Najib dilaporkan mendapat pengampunan daripada Lembaga Pengampunan dengan memperoleh 50 peratus pengurangan hukumkan penjara dan denda.
Beliau dijadualkan akan bebas daripada hukuman penjara pada 23 Ogos 2028.
Pada 28 Julai 2020, Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, mendapati Najib bersalah atas tujuh pertuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42juta milik SRC International Sdn Bhd.
Oleh itu, Mohd Nazlan menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210juta dan keputusan tersebut dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan pada 8 Disember 2021 bersama panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusi oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, pada 23 Ogos 2022.
Baca juga: