Bintang mudah yang sedang meningkat naik, Naim Daniel mengakui bukan mudah untuk bergelar penyanyi dan pelakon dalam satu masa yang sama.
Naim atau nama lengkapnya, Muhammad Naim Daniel Baharin, 26, memberitahu, dia berasa ‘kerdil’ jika ingin dibandingkan dengan barisan nama besar seperti Amirul Affendi saat menjayakan karya orginal terbitan Astro bertajuk I.D.
Katanya, dia tidak memiliki pakej lengkap seperti yang dikehendaki oleh industri hiburan khususnya bagi membolehkan dia memegang peranan sebagai pelakon utama.
“Naim rasa kita semua sudah terbiasa dengan meletakkan spesifikasi terhadap seorang hero, mungkin dari segi rupa, suara, gaya atau ketinggian.
“Saya tidak datang ke industri dengan pakej lengkap, begitu juga dari segi nyanyian, Naim tidak datang dengan vokal yang boleh mencapai tahap professional. Malah Naim menggunakan apa yang saya rasa diri saya mampu melakukan itu dengan baik,” katanya dalam sidang media drama siri terbaharu terbitan astro pada Selasa.
Penyanyi lagu Sumpah itu turut meluahkan rasa tergugat untuk memainkan watak sebagai hero kerana berasa agak terkesan apabila segelintir pihak menggelarkan dirinya memiliki ‘muka awam’.
“Saya berasa tergugat apabila digandingkan bersama pelakon-pelakon hebat seperti yang ada dalam naskhah baharu, I.D ini,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Naim bakal muncul dengan karya Astro Originals, I.D dengan membawakan watak sebagai Aidi Zabran.
Bakal ditayangkan di platform On Demand dan Astro GO. 23 Februari depan pukul 12 tengah malam menerusi Astro Premier (Saluran 410).
Menceritakan tentang isu-isu yang berlaku di media sosial, terutamanya berkaitan keselamatan data dan jenayah siber akibat salah laku penggunaan data peribadi.
Drama premium lapan episod ini turut menampilkan barisan bakat berpengaruh tempatan termasuk Amelia Henderson (Anggun Zahara), Aedy Ashraf (Jazman Rahim), Datuk Rosyam Nor (Rahim Abadi), Ellyza Azizi (Alia Mukhriz), Shantini Venugopal (Patti Shanti), Joyce Harn (Jo) dan Jo Kukathas (Datuk Kumari Lakshmi).
Baca juga: