Jemaah Menteri tidak melakukan perbincangan mengenai keperluan menjelaskan isu pengurangan hukuman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang diputuskan oleh Lembaga Pengampunan.
Menurut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, Jemaah Menteri tidak berbincang mengenai keperluan itu kerana lazimnya Lembaga pengampunan tidak pernah membuat justifikasi mengenai keputusan mereka sebelum ini.
“Jemaah Menteri tidak membincangkan mengenai keperluan itu,” katanya menerusi sidang media di Putrajaya pada Rabu.
Beliau berkata demikian susulan permintaan beberapa pihak yang menggesa Lembaga Pengampunan mendedahkan justifikasi tersebut.
Sebelum ini, Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya ke-61 memutuskan hukuman penjara Najib diberi pengurangan 50 peratus.
Urusetia Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri berkata, Najib dipersetujui untuk dibebaskan pada tarikh pembebasan awal iaitu pada 23 Ogos 2028.
Denda yang perlu dibayar iaitu sebanyak RM210 juta dikurangkan kepada RM50 juta.
Baca juga: