PM yakin kerajaan mampu tingkatkan ekonomi negara

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semangat perpaduan kaum yang bersatu padu dapat meningkatkan ekonomi negara.

Katanya dalam ucapan sambutan Tahun Baru Cina, kerajaan sentiasa berusaha sebaik mungkin untuk memberikan yang terbaik buat rakyat sekali gus mencapai cita-cita dan harapan negara bagi sektor ekonomi dan kebajikan rakyat.

“Salam sejahtera, saya ucapkan Selamat Tahun Baru kepada masyarakat Cina, supaya tahun ini disambut dengan gembira dengan keluarga dan dengan damai.

“Mudah-mudahan tahun ini tahun yang bahagia dan tahun-tahun berikutnya lebih bahagia,” katanya dalam satu rakaman video yang di Facebook pada Khamis.

Tambahnya, kedatangan Tahun Naga dalam kalender kaum Tionghua juga membawa maksud kekuatan dan karisma selain sifat kreativiti dan keyakinan.

“Di pihak Kerajaan, kerja kita akan lebih kuat dan tegap demi memaknai cita Malaysia yang lebih sejahtera dan tinggi darjatnya.

“Ekonomi mesti dibangunkan secara saksama, mampan dan berkebajikan, kebejatan (kerosakan) mesti dijauhkan serta perpaduan diperkukuhkan,” katanya.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat