Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyempurkana Istiadat Penyerahan Suratcara Pelantikan Ketua Pengakap Negara yang ke-7 kepada Mejar Jeneral Prof Datuk Dr Mohd Zin Bidin.
Menerusi satu hantaran di Facebook, Anwar turut menganugerahkan Bintang Semangat Padi (Emas) kepada Mohd Zin yang berlangsung di pejabatnya di Putrajaya pada Khamis.
“Pelantikan bagi mengetuai Persekutuan Pengakap Malaysia dilaksanakan selepas mendapat perkenan Ke Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (YDPA) pada 15 Disember lalu,” katanya.
Selain itu, selaku Presiden Agung Persekutuan Pengakap Malaysia, Anwar turut menitipkan pesan buat Mohd Zin untuk menampilkan kepimpinan penuh teladan dan mengangkat tata kelola hatta integriti sepanjang menggalas amanah tersebut.
Mohd Zin sebelum ini memangku tugas Ketua Pengakap Negara menggantikan Allahyarham Tan Sri Shafie Mohd Salleh yang meninggal dunia pada 11 September 2019.
Shafie selaku Ketua Pengakap Negara sejak 2005 hingga ke akhir hayatnya, telah menghidupkan kembali Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) selepas 20 tahun tidak bergerak secara aktif, dengan penstrukturan semula organisasi pengakap menjadi lebih efektif dan efisyen baik di dalam mahupun luar negara.
Baca juga: