DBKL ‘sapu bersih’ halangan diletakkan di tempat awam

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi Jabatan Penguatkuasaan Cawangan Seputeh melaksanakan Tindakan Khas Pindah Halangan iaitu menyita barangan yang diletakan di tempat awam di Jalan Awan Mendung, Jalan Sepadu dan Jalan Mega Mendung baru-baru ini.

Dalam operasi itu, sebanyak 21 tindakan dan pindah barangan atau peralatan yang diletakkan di tempat awam menerusi peruntukan di bawah Seksyen 46(1)(d) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 dibuat.

Antara barangan yang disita adalah tong gas, gerai bergerak keluli tahan karat, kerusi dan meja, rangkas besi, gerak bergerak berbumbung, mesin penyembur air (water jet), vakum dan payung penjaja.

Semua barangan dan peralatan yang disita dihantar ke Stor Sitaan DBKL di Jalan Lombong, Taman Miharja, Cheras untuk dokumentasi dan tindakan selanjutnya.

Tindakan dan pemantauan berterusan akan dijalankan menerusi siri-siri tindakan khas di 11 Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Baca juga: