Pasangan suami isteri takutkan pengguna jalan raya kena denda RM5,000

Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada Jumaat menjatuhkan hukuman denda RM5,000 ke atas pasangan suami isteri yang bertindak menganggu sehingga menimbulkan ketakukan jenayah pengguna jalan raya di atas Jambatan Pulau Pinang.

Keputusan itu ditetapkan oleh Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit selepas kedua-dua tertuduh Muhammad Hafiz Ong Abdullah, 50, dan isterinya, Ong Ser Ying, 37, mengaku bersalah atas tuduhan.

Nurul Rasyidah turut memerintahkan kedua-dua tertuduh penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda itu.

Berdasarkan pertuduhan spasangan itu didakwa telah menakutkan pengguna jalan raya di kilometer 2.8 Jambatan Pulau Pinang dari Pulau menghala Perai, kira-kira pukul 5 petang pada 5 Februari lalu.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Kedua-dua tertuduh yang bekerja sebagai peniaga makanan turut merayu hukuman denda minimum sebelum mahkamah menetapkan denda masing-masing RM2,500 dan sekiranya gagal bayar, penjara enam bulan.

Sementara itu, Muhammad Hafiz turut didakwa di mahkamah berasingan atas kesalahan trafik mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sebelum ini media melaporkan, pasangan suami isteri itu yang mengundang bahaya terhadap pengguna jalan raya di atas Jambatan Pulau Pinang dari arah pusat bandar menghala Seberang Perai sebelum ditahan polis.

Kedua-dua individu itu dipercayai pemegang kad Orang Kelainan Upaya (OKU).

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat