Polis tahan 8 lelaki dan rampas rokok, minuman keras tidak cukai lebih RM98 juta di Sarawak

Polis merampas sebanyak 40,000 batang rokok dan 44,000 kotak minuman keras jenis bir dan liquor dipercayai tanpa cukai kastam bersama sebuah van, forklift dan lima telefon bimbit pelbagai jenama dalam tiga serbuan di Kuching, Sarawak pada Selasa.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Polis Diraja Malaysia, Datuk Seri Hazani Ghazali berkata, polis menahan lapan lelaki dengan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM98,793,958.51.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada tujuh warga tempatan dan seorang warga asing.

“Antara barangan rampasan termasuk 40,000 batang rokok, 44,000 peti minuman keras jenis bir dan liquor, sebuah kenderaan jenis van, sebuah forklif dan lima unit telefon bimbit pelbagai jenama,” katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Penahanan dan rampasan itu dibuat atas kerjasama polis bersama Pasukan Polis Marin (PPM) dan Pasukan Gerakan Am (PGA).

Kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967 dan Akta Imigresen 1959/63.

Baca juga: