Finnair telah mengumumkan bahawa timbangan awal akan dilakukan untuk mengetahui dengan tepat bagaimana pesawat dimuatkan sekali gus maklumat yang diperoleh dapat membantu untuk menentukan kecekapan bahan api pesawat.
Pada masa sama, langkah itu menerima kritikan pengguna media sosial dengan ada berpendapat bahawa tindakan itu akan memalukan penumpang yang memiliki berat badan berlebihan.
“Setakat ini, lebih 500 sukarelawan mengambil bahagian untuk menimbang berat badan mereka,” kata Kaisa Tikkanen, jurucakap Finnair.
Syarikat itu dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengira berat pesawat dan penumpang untuk mengimbangi penerbangan serta membuat transit yang selamat.
“Hanya ejen perkhidmatan pelanggan bekerja di tempat penimbang boleh melihat berat badan penumpang.
“Justeru itu, anda boleh mengambil bahagian dalam kajian pelopor ini dengan tenang,” kata Satu Munnukka, Ketua Proses Darat Finnair.
Sementara itu, prosedur tersebut akan dilakukan sepanjang bulan ini, April dan Mei 2024 berdasarkan sistem sukarela, namun tidak dijelaskan sebarang alasan langkah itu tidak dilaksanakan pada bulan Mac.
Dalam pada itu, segelintir individu turut menyatakan bahawa mereka tidak akan menaiki penerbangan Finnair kerana enggan dimalukan oleh peraturan tersebut.
Baca juga: