Polis ambil keterangan suspek kes dera di taska dekat Semenyih

Baru-baru ini tular sebuah video berdurasi 29 saat yang memaparkan pekerja sebuah taska di Semenyih, Selangor melakukan penderaan dan pengabaian terhadap seorang bayi perempuan.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Mohd Zaid Hassan berkata pihaknya telah menahan dua pengasuh wanita yang bekerja di taska terbabit yang melakukan kesalahan berkenaan.

“Kejadian yang berlaku pada bulan lepas ini mendapati mangsa yang merupakan seorang bayi perempuan telah terjatuh daripada kerusi bayi.

“Ibu kepada mangsa turut menerima beberapa video yang didakwa penderaan dan pengabaian telah dilakukan kepada anaknya,” katanya menerusi kenyataan.

Zaid turut menyatakan keterangan ekdua-dua suspek telah diambil dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Kes disiasat dibawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Baca juga: