Pemegang rekod maraton dunia, Kelvin Kiptum dari Kenya dilaporkan meninggal dunia setelah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya baru-baru ini.
Kemalangan tersebut turut meragut nyawa jurulatihnya, Gervais Hakizimana dari Rwanda dalam sebuah kereta berhampiran bandar Eldoret, Kenya.
Pada tahun 2023, Kelvin pernah memecahkan rekod dunia Kipchoge di Chicago Oktober lalu, berlari sejauh 42 kilometer dalam masa dua jam 35 saat.
Minggu lalu, pasukannya mengumukan beliau akan menjalani latihan agar dapat menyempurnakan larian dalam tempoh masa kurang dari dua jam bagi maraton di Rotterdam.
Turut berduka cita dengan pemergian Kelvin, Pemimpin pembangkang Kenya merangkap bekas Perdana Menteri, Raila Odinga di akaun X, bahawa negara telah kehilangan ‘pahlawan sejati’ dan ‘individu yang luar biasa, ikon atletik Kenya’.
Presiden World Athletics, Sebastia Coe, turut memberi penghormatan kepada Kelvin dengan menggambarkannya sebagai atlet yang luar biasa dan menyatakan mereka akan merindukannya.
Sebelum ini, beliau bertanding dalam pertandingan utama dengan mengenakan kasut yang dipinjam kerana beliau tidak mampu membeli sendiri akibat kekangan kewangan.
Kelvin meninggal dunia pada usia 24 tahun isterinya, dan meninggal isteri, Asenath Rotich dan dua orang cahaya mata.
Baca juga: