Mayat seorang lelaki ditemui kira-kira pukul 10.08 malam pada Selasa di Sungai Klang berhampiran Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur.
Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), TPgB II Mohd Hafizan Hassan memberitahu, mangsa ditemui oleh anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) kira-kira 100 meter daripada lokasi mangsa dilaporkan lemas.
“Mangsa merupakan warganegara Sri Lanka berusia 37 tahun dan juga pemegang kad Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR).
“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan.
Untuk info, bomba menerima panggilan tentang kejadian lemas tersebut pada pukul 10.06 malam Selasa dan menggerakan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul selain turut dibantu oleh PPDA BBP Hang Tuah dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Bukit Bintang di samping pegawai KKM dan PDRM.
Baca juga: