Penganjuran acara Pesta Muzik Kuantan di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang yang seharusnya berlangsung pada 24 Februari depan terpaksa ditunda kepada tarikh baharu iaitu, 4 Mei nanti.
Parkara itu disahkan oleh penganjur, Showpro Entertainment Sdn Bhd, yang mengambil kira keadaan semasa yang menghampiri bulan Ramadan selain menjaga sensitiviti terhadap nasib rakyat Palestin.
Katanya, nama acara itu juga telah ditukarkan kepada Ungu Di Kuantan Bersama Tanah Air.
“Setelah mengambil kira faktor perkembangan isu semasa serta menghormati pandangan masyarakat terutamanya masyarakat Islam yang akan menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadan dan Hari Raya Aidil Fitri, pihak penganjur bersetuju untuk menunda pesta berkenaan ke tarikh yang baru tersebut.
“Keputusan penundaan acara tersebut dipersetujui oleh seluruh barisan artis dan pihak terlibat,” katanya.
Pada masa sama, penganjur turut memohon maaf atas kepada individu yang sudahpun membeli tiket ke acara tersebut.
“Kami dengan rendah hati ingin memohon maaf kepada semua pembeli tiket. Semua pembeli tiket konsert boleh mengekalkan status pembelian memandangkan hanya perubahan tarikh sahaja ditunda ke 4 Mei depan,” katanya.
Untuk info, acara tersebut yang membariskan bintang terkenal Indonesiam, Ungu bersama artis terkenal tanah air iaitu Eda Ezrin, Ara Johari, Naim Daniel, Khai Bahar, Nabila Razali, Den Manjo dan Aswad Jalil.
Baca juga: