Usher, Jennifer Goicoechea kini bergelar suami isteri

Penyanyi dan penulis lagu Amerika Syarikat (AS), Usher berkahwin dengan teman wanitanya, Jennifer Goicoechea di Las Vegas pada 11 Februari lalu usai selesai membuat kemunculan di pentas Super Bowl.

Berita itu sahkan oleh wakil penyanyi berkenaan yang mengesahkan mengesahkan kedua-duanya bersedia untuk membawa hubungan mereka ke fasa seterusnya.

“Mereka berdua berharap untuk terus membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang dan berterima kasih dengan semua orang yang memberikan ucapan yang baik-baik kepada mereka,” kata jurucakap penyanyi yang terkenal dengan lagu My Boo itu.

Pasangan itu mula menjalin hubungan sekitar 2019 dan memiliki dua cahaya mata, Sovereign Bo, 4, dan Sire Castrello, 3.

Usher juga mempunyai dua orang anak hasil perkongsian hidup dengan Tameka Foster iaitu Usher V dan Naviyd Ely.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat