CEO Aman Palestin nafi pecah amanah dana pertubuhan

Dua pengurusan tertinggi Aman Palestin Bhd (Aman Palestin) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Khamis atas pertuduhan pecah amanah dan pengubahan wang haram, menipu membabitkan dana RM39.5 juta.

Pengarah Eksekutif Aman Palestin, Abdullah Zaik Abdul Rahman, 58, dan Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin, Awang Suffian Awang Piut, 52, dan Khairudin Mohd Ali, 49, masing-masing mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Anita Harun.

Selepas pertuduhan dibacakan, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib bersetuju agar kadar ikat jamin ditetapkan sebanyak RM1 juta.

Separuh daripada jumlah itu akan dibayar kepada mahkamah hari ini manakala bakinya dijelaskan sebelum 14 Mac depan.

Pada 8 Januari lalu, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasual Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, mengesahkan siasatan terhadap Aman Palestin atas pertuduhan wang dibelanjakan pertubuhan itu termasuk perbelanjaan penubuhan beberapa syarikat.

Turut disiasat mengenai pelaburan jongkong emas oleh Aman Palestin dan penerimaan wang yang didakwa sudah diagihkan kepada penerima bantuan di beberapa negara termasuk Palestin dan Syria.

November lalu, SPRM mengesahkan telah membekukan 41 akaun Aman Palestin dan beberapa entiti syarikat lain melibatkan jumlah keseluruhan RM15,868,762.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat