Jokowi minta tunjuk bukti jika Pemilu 2024 tidak telus

Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) mengharapkan agar pihak tertentu tidak memperbesarkan pertikaian yang kononnya wujud penipuan dalam Pilihan Raya Umum Indonesia (Pemilu 2024).

Katanya, sekiranya wujud perkara itu, pihak pengadu boleh mengemukakan bukti bahawa pelaksanaan Pemilu dibuat secara tidak telus, maka aduan boleh dibuat kepada Badan Pengawas Pemilu (Bawaslu) dan Mahkamah Konstitusi.

“Yang pertama, mengenai kecurangan (penipuan), caleg (calon anggota legislatif) itu ada saksi di tempat pemungutan suara (tempat mengundi).

“Saya fikir pengawasan yang berperingkat seperti ini akan dapat membantu mengurangankan penipuan. Tetapi sekiranya memang ada, perkara itu boleh diadukan kepada pihak berwajib.

“Tidak perlu berteriak, atau menjerit-jerit mengatakan pemilu curang. Jika ada bukti, terus bawa kepada Bawaslu dan bukti ke mahkamah,” katanya.

Memetik laporan media Indonesia, Kompas, Jokowi turut menegaskan terdapat beberapa mekanisme sebelum sebarang keputusan itu dibuat.

“Kalau masih rasa tidak puas hati, ada peluang untuk mengadukan perkara tersebut dan mereka yang ingin berbuat demikian perlu memperhalusinya berdasarkan laluan (cara) yang betul.

“Ini adalah pilihan secara demokrasi, jadi pemilihan rakyat juga dibuat secara jujur, adil, telus dan bebas. Ini juga adalah kegembiraan rakyat,” katanya.

Pemilu 2024 menyaksikan lebih 800,000 pusat mengundi dan 20,000 kerusi menjadi rebutan sehingga terpaksa menggunakan pesawat, helikopter, bot laju dan kereta lembu untuk membawa peti undi di sekitar kepulauan yang memiliki populasi hampir 280 juta penduduk.

Baca juga:

https://malaysiabangkit.com/2024/02/14/projek-smpem-kurangkan-insiden-kebakaran-hutan-paya-gambut/

Anda Mungkin Berminat