Lelaki mengamuk tetak kepala mangsa dengan pisau berulang kali ditahan polis

Tindakan pantas sekumpulan anggota polis berjaya menghentikan tindakan seorang lelaki yang bertindak agresif dengan menetak kepala mangsa beberapa kali menggunakan sebilah pisau.

Tanpa mengambil masa lama, kesemua anggota tersebut segera menahan suspek, Joseph Jimenez, 20, dan mendakwanya di mahkamah.

Menurut Inspektor Detektif Jon Summers, kesemua anggota tersebut sedang bercuti dan tidak bertugas. Namun, tindakan pastas mereka berjaya menghentikan suspek.

“Memandangkan mereka tidak bertugas, mereka tidak mempunyai sebarang bentuk peralatan perlindungan termasuk radio polis.

“Namun, mereka masih bekerjasama secara taktikal demi menjaga keselamatan awam dengan pantas memberkas suspek sebelum kejadian tersebut menjadi lebih teruk,” katanya ketika mengulas insiden tersebut yang berlaku di London, United Kingdom.

Susulan insiden itu, Jimenez didakwa di Mahkamah Mahkota Croydon dan dijatuhi hukuman selama lapan bulan selepas mengaku bersalah atas tuduhan melakukan keganasan dan memiliki senjata tajam.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat