Pekerja-pekerja di bandar raya Bangkok diarah bekerja dari rumah bagi mengelak daripada menghirup udara berbahaya ketika jerebu tebal menyelubungi ibu kota Thailand itu pada Jumaat.
Pihak berkuasa Bangkok meminta kerjasama daripada majikan untuk menguatkuasakan arahan tersebut bagi mengelakkan pekerja daripada terdedah dengan situasi yang dijangka berlarutan sehingga esok.
Menerusi laman sesawang pemantauan udara, IQAir, meletakkan Bangkok antara senarai 10 bandar paling tercemar di dunia.
Gabenor Bangkok, Chadchart Sittipunt berkata, semua pekerja bandar yang memiliki kira-kira 11 juta orang itu akan bekerja dari rumah pada hari ini dan esok.
“Saya ingin meminta kerjasama daripada rangkaian Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA) yang merangkumi kira-kira 151 syarikat dan organisasi, baik pejabat kerajaan mahupun swasta,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambah Chadchart, lebih 60,000 orang terjejas akibat situasi tersebut.
Dalam pada itu, kualiti udara di Thailand kerap berada pada paras buruk tahun ini disebabkan asap daripada petani yang membakar jerami, selain pelepasan industri dan asap ekzos kenderaan.
Selain Bangkok, bandar utara Chiang Mai disenaraikan antara bandar paling tercemar di dunia pada dalam beberapa hari pada tahun lepas.
Baca juga: