PM ingin Jualan Termurah Madani diperluaskan di seluruh negara

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan hasratnya untuk memastikan Jualan Termurah Madani dapat diperluaskan ke seluruh negara bagi membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Katanya, perkara tersebut dapat memberi kuasa membeli kepada tangan rakyat, disebabkan itu mengawalan harga tetap perlu dilakukan agar tidak membebankan.

“Jualan ini boleh memberi kuasa beli kepada rakyat tatkala mereka dihimpit kelonjakan sara hidup.

“Saya berharap Jualan Termurah Madani ini dapat meringankan beban rakyat di saat getir ini,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Dalam pada itu, Anwar turut membuat tinjauan terhadap inisiatif Jualan Termurah Madani di Lembah Makanan, Bandar Perda di Seberang Jaya, Pulau Pinang pada Jumaat.

Selain itu, Anwar turut berterima kasih kepada Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) kerana menjayakan inisiatif itu.

Untuk info, Jualan Termurah Madani bertujuan untuk mempromosikan barangan yang dijual pada harga lebih rendah berbanding pasaran.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat